Pages

Wednesday, April 30, 2014

#ShrimpLog: 1x Red Cherry shrimp died

.: Okay. This is bad.

RIP

Kesian. Seekor Red Cherry shrimp dah mati. Entah tak tau kenapa matinya. Sayangla udang...

Macam female Red Cherry...

Apakan daya... Masa tak akan kembaliiii... (Lagu lama). :.

Monday, April 21, 2014

#ShrimpLog: Macam makin kuranggg...

.: Juga another update. Hari ini ada anak udang bermain sebelah kanan akuarium. Mungkin saja suka-suka lepak sini kut. Tapi di mana anak-anak yang lain???

Chillin' ere~~

Dan hari ini ada ambil gambar akuarium kawan. Simple je setup nya.

Cloudiness...

Kualiti gambar atau air yang cloudy?

Yang kesiannya Red Cherry shrimp sini ada juga yang mati dah. Dari 4 ekor tinggal 2 ekor. Boleh check dalam gambar. Ada juga anaknya yang masih hidup. :.

Thursday, April 17, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry shrimp babies

.: Update lagi: Anak-anak udang Red Cherry~

Cer kira cer kiraaaa~

Sekarang diorang ramai-ramai pindah ke tempat bermain baharu - sebelah kiri akuarium. Dekat dengan sponge filter. Tapi dulu rasanya ramai yang dilahirkan kat sebelah kanan akuarium. Mungkin sana dah tak best kot. Open air sangat. Jadi ramai-ramai pindah ke sebelah kiri tank.

Badan dah nampak makin kemerah-merahan. Sahla anak red Cherry shrimp, bukan anak saya. Ahahahaha X-D :.

Wednesday, April 16, 2014

#ShrimpLog: Bintik-bintik Hijau-ish

.: Ini juga satu fenomena aneh. Patutnya common je, tapi tak best sebab akuarium kelihatan huduh bebenor.

Real life aquarium pimples...

Huduh ehhh. Huduhhhhhh... ;-( :.

Monday, April 14, 2014

#ShrimpLog: Aquarium View hari ini

.: Update update: gambar keadaan akuarium hari ini :-


Jadi, kita ada:
  • Red Cherry shrimp, 
  • Neon Tetra, 
  • Cardinal Tetra, 
  • Corydoras, 
  • Malayan Trumpet snail, 
  • Ramshorn snail, 
  • ??? grass, 
  • Hair grass. 

Tak taula ada hidupan lain dalam akuarium ni. Kalau ada jumpa akan diselfie kan gambarnya, hehe.

Surprise~~

Terlupakan anak Red Cherry shrimp, har har har~~ :.

Saturday, April 12, 2014

#ShrimpLog: 1x Cardinal Tetra mati

.: Haaa... Ini juga satu petanda tak best. Sebabnya tak tau apa punca female Cardinal Tetra mati. Perut dia besarrrrr. Masa dia hidup macam kesian je bawak perut besarrrrr sangat. Macam pregnant mommy...

Kesian ehhh...

Adala dua tiga ekor yang perutnya besarrrrr besarrrrrrrr. Memang this time of the year kut diorang ni pregnant? Haha. Tak tau cerita pasal Cardinal ngan Neon Tetra. Cuma yang tau sekarang Tetra boleh dicampur dengan Red Cherry shrimp.

Sebab boleh campur ialah rule haiwan akuarium nombor 1: "Kalau nak campur haiwan belaan dalam akuarium, kalau mulut ikan (contohnya) lebih kecik dari shrimp, jadi bolehla campur. Sebab mulut dia tak dapat bukak besar untuk ngapppp shrimp-shrimp kita. Yeay!"

Provided Tetra-tetra ni cukup makan la, hahaha. Sebab diorang ni sesama sendiri asyik berkepung ke sana ke sini je. Main-main betul. Nanti dikepungnya shrimp naya jugak, haha. Stress shrimp nanti, tak best hidup bila ada stress.

Tapi tumbuhan untuk shrimp bersembunyi macam banyak je... :.

Friday, April 11, 2014

#ShrimpLog: Masalah Fungus dalam Akuarium Baharu

.: Perkara yang tak best dah jadiii..

Masalah fungus.

Memang akuarium baharu akan terkena cabaran ni ke? Ishhh... Kesian dengan udang-udang yang hidup bersama fungus...

Bila search di Google, fungus ni memang simptom yang biasa terkena. Kira perkara normal la kalau kena fungus. Tapi tak cantek la. Macam boleh menyebabkan udang-udang ni mati la pulak. Kalau baru buat new shrimp aquarium yang tak kena fungus langsung boleh ke tak boleh? :-?

Normal ke makan fungus? Huuuuuuu... :.

Wednesday, April 9, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry dah bagi dengan kawan

.: Akhirnya sampaila masa Red Cherry diberi kepada tuan punyanya. Haha. Lama dah bagi. Tapi hari ni ada mabil video sebab dua-dua female Red Cherry shrimp dah bertelur juga~~



Kawan join buat akuarium juga. Hehe. Shrimp aquarium~~ :.

Tuesday, April 8, 2014

#ShrimpLog: Telur-telur Ramshorn

.: Makin kritikal keadaan akuarium. Telur-telur siput Ramshorn bertambah terlalu mendadak.


Dugaannnn dugaannnnnnnnnnn....

Dulu sikit je siput siput ni, sekarang membiak macam apa daaa.. Malayan Trumpet snail pulak tak tau mana perginya..

Taknak compete dengan Ramshorn ka Malayan Trumpet???
(Aiii, makin teruk la akuarium ku nanti....) X-O :.

Sunday, April 6, 2014

#ShrimpLog: Sfera Kuning

.: Barang apa ni? :-?

Barang bulat-bulat warna kuning...

Nasib baik hari ni anak udang masih lagi ada, heehee :-)

Nampak tak mana anak udang? :-? :.

Saturday, April 5, 2014

#ShrimpLog: Hari keesokannya

.: Buat apa main sorang sorang kat atas ni wahai baby shrimp?

Tu diaaa~~

Ada kawan rupanya...

Hi~~

Effect lampu Zetlight pada air bila ditangkap gambarnya guna Samsung S III jadi semacam bahan kimia ja pada air. Ish ish ishhh... :.

Friday, April 4, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry shrimp babies~

.: Di satu sudut yang gelap...

Weeeeeeeeeeeeeeeee~~ (small happy voice)

Udang Red Cherry yang bertelur sudah kedapatannnn. Beliau didapati tidak bersalah kerana membebaskan anak-anaknya ke persekitaran akuarium. Terbaekkkkkkla Red Cherry betina ku ini~~
;-P

Dapat kira berapa anak udang yang ada?
(Jawapan after the break).

Thursday, April 3, 2014

#ShrimpLog: Bintik Hijau Algae & Ramshorn 2

.: Juga video pasal siput Ramshorn.


Ni nak tunjuk akuarium dah dijangkiti algae. Bintik-bintik hijau amat menyakitkan hati. Ingatkan siput Ramshorn yang datang sekali dengan akuarium tu dapat habiskan algae semua. Tapi kurang berjaya. Mulut tercungap-cungap makan pelan-pelan memang jaminlah tak habis algae tu.

Maaf dalam video ada orang ketawa. Ni main update je. Tak sempat nak edit edit.

Akuarium berbintik-bintik.

Kesian dengan akuarium... :.

Tuesday, April 1, 2014

#ShrimpLog: 1x Corydoras

.: Ikan Corydoras yang comel. Beli kecik je, dekat area Green Road.

Akuarium dah kena bintik hijau. Algae kah itu? Baca dalam internet Corydoras ni boleh tolong makankan algae hijau. Harap menjadi la teknik ni. Entah betul ke tak Corydoras makan algae akuarium?

[ http://www.theaquariumwiki.com/Corydoras ],

Kita cuba dulu~~ :.