Pages

Wednesday, April 30, 2014

#ShrimpLog: 1x Red Cherry shrimp died

.: Okay. This is bad.

RIP

Kesian. Seekor Red Cherry shrimp dah mati. Entah tak tau kenapa matinya. Sayangla udang...

Macam female Red Cherry...

Apakan daya... Masa tak akan kembaliiii... (Lagu lama). :.

Monday, April 21, 2014

#ShrimpLog: Macam makin kuranggg...

.: Juga another update. Hari ini ada anak udang bermain sebelah kanan akuarium. Mungkin saja suka-suka lepak sini kut. Tapi di mana anak-anak yang lain???

Chillin' ere~~

Dan hari ini ada ambil gambar akuarium kawan. Simple je setup nya.

Cloudiness...

Kualiti gambar atau air yang cloudy?

Yang kesiannya Red Cherry shrimp sini ada juga yang mati dah. Dari 4 ekor tinggal 2 ekor. Boleh check dalam gambar. Ada juga anaknya yang masih hidup. :.

Thursday, April 17, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry shrimp babies

.: Update lagi: Anak-anak udang Red Cherry~

Cer kira cer kiraaaa~

Sekarang diorang ramai-ramai pindah ke tempat bermain baharu - sebelah kiri akuarium. Dekat dengan sponge filter. Tapi dulu rasanya ramai yang dilahirkan kat sebelah kanan akuarium. Mungkin sana dah tak best kot. Open air sangat. Jadi ramai-ramai pindah ke sebelah kiri tank.

Badan dah nampak makin kemerah-merahan. Sahla anak red Cherry shrimp, bukan anak saya. Ahahahaha X-D :.

Wednesday, April 16, 2014

#ShrimpLog: Bintik-bintik Hijau-ish

.: Ini juga satu fenomena aneh. Patutnya common je, tapi tak best sebab akuarium kelihatan huduh bebenor.

Real life aquarium pimples...

Huduh ehhh. Huduhhhhhh... ;-( :.

Monday, April 14, 2014

#ShrimpLog: Aquarium View hari ini

.: Update update: gambar keadaan akuarium hari ini :-


Jadi, kita ada:
  • Red Cherry shrimp, 
  • Neon Tetra, 
  • Cardinal Tetra, 
  • Corydoras, 
  • Malayan Trumpet snail, 
  • Ramshorn snail, 
  • ??? grass, 
  • Hair grass. 

Tak taula ada hidupan lain dalam akuarium ni. Kalau ada jumpa akan diselfie kan gambarnya, hehe.

Surprise~~

Terlupakan anak Red Cherry shrimp, har har har~~ :.

Saturday, April 12, 2014

#ShrimpLog: 1x Cardinal Tetra mati

.: Haaa... Ini juga satu petanda tak best. Sebabnya tak tau apa punca female Cardinal Tetra mati. Perut dia besarrrrr. Masa dia hidup macam kesian je bawak perut besarrrrr sangat. Macam pregnant mommy...

Kesian ehhh...

Adala dua tiga ekor yang perutnya besarrrrr besarrrrrrrr. Memang this time of the year kut diorang ni pregnant? Haha. Tak tau cerita pasal Cardinal ngan Neon Tetra. Cuma yang tau sekarang Tetra boleh dicampur dengan Red Cherry shrimp.

Sebab boleh campur ialah rule haiwan akuarium nombor 1: "Kalau nak campur haiwan belaan dalam akuarium, kalau mulut ikan (contohnya) lebih kecik dari shrimp, jadi bolehla campur. Sebab mulut dia tak dapat bukak besar untuk ngapppp shrimp-shrimp kita. Yeay!"

Provided Tetra-tetra ni cukup makan la, hahaha. Sebab diorang ni sesama sendiri asyik berkepung ke sana ke sini je. Main-main betul. Nanti dikepungnya shrimp naya jugak, haha. Stress shrimp nanti, tak best hidup bila ada stress.

Tapi tumbuhan untuk shrimp bersembunyi macam banyak je... :.

Friday, April 11, 2014

#ShrimpLog: Masalah Fungus dalam Akuarium Baharu

.: Perkara yang tak best dah jadiii..

Masalah fungus.

Memang akuarium baharu akan terkena cabaran ni ke? Ishhh... Kesian dengan udang-udang yang hidup bersama fungus...

Bila search di Google, fungus ni memang simptom yang biasa terkena. Kira perkara normal la kalau kena fungus. Tapi tak cantek la. Macam boleh menyebabkan udang-udang ni mati la pulak. Kalau baru buat new shrimp aquarium yang tak kena fungus langsung boleh ke tak boleh? :-?

Normal ke makan fungus? Huuuuuuu... :.

Wednesday, April 9, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry dah bagi dengan kawan

.: Akhirnya sampaila masa Red Cherry diberi kepada tuan punyanya. Haha. Lama dah bagi. Tapi hari ni ada mabil video sebab dua-dua female Red Cherry shrimp dah bertelur juga~~



Kawan join buat akuarium juga. Hehe. Shrimp aquarium~~ :.

Tuesday, April 8, 2014

#ShrimpLog: Telur-telur Ramshorn

.: Makin kritikal keadaan akuarium. Telur-telur siput Ramshorn bertambah terlalu mendadak.


Dugaannnn dugaannnnnnnnnnn....

Dulu sikit je siput siput ni, sekarang membiak macam apa daaa.. Malayan Trumpet snail pulak tak tau mana perginya..

Taknak compete dengan Ramshorn ka Malayan Trumpet???
(Aiii, makin teruk la akuarium ku nanti....) X-O :.

Sunday, April 6, 2014

#ShrimpLog: Sfera Kuning

.: Barang apa ni? :-?

Barang bulat-bulat warna kuning...

Nasib baik hari ni anak udang masih lagi ada, heehee :-)

Nampak tak mana anak udang? :-? :.

Saturday, April 5, 2014

#ShrimpLog: Hari keesokannya

.: Buat apa main sorang sorang kat atas ni wahai baby shrimp?

Tu diaaa~~

Ada kawan rupanya...

Hi~~

Effect lampu Zetlight pada air bila ditangkap gambarnya guna Samsung S III jadi semacam bahan kimia ja pada air. Ish ish ishhh... :.

Friday, April 4, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry shrimp babies~

.: Di satu sudut yang gelap...

Weeeeeeeeeeeeeeeee~~ (small happy voice)

Udang Red Cherry yang bertelur sudah kedapatannnn. Beliau didapati tidak bersalah kerana membebaskan anak-anaknya ke persekitaran akuarium. Terbaekkkkkkla Red Cherry betina ku ini~~
;-P

Dapat kira berapa anak udang yang ada?
(Jawapan after the break).

Thursday, April 3, 2014

#ShrimpLog: Bintik Hijau Algae & Ramshorn 2

.: Juga video pasal siput Ramshorn.


Ni nak tunjuk akuarium dah dijangkiti algae. Bintik-bintik hijau amat menyakitkan hati. Ingatkan siput Ramshorn yang datang sekali dengan akuarium tu dapat habiskan algae semua. Tapi kurang berjaya. Mulut tercungap-cungap makan pelan-pelan memang jaminlah tak habis algae tu.

Maaf dalam video ada orang ketawa. Ni main update je. Tak sempat nak edit edit.

Akuarium berbintik-bintik.

Kesian dengan akuarium... :.

Tuesday, April 1, 2014

#ShrimpLog: 1x Corydoras

.: Ikan Corydoras yang comel. Beli kecik je, dekat area Green Road.

Akuarium dah kena bintik hijau. Algae kah itu? Baca dalam internet Corydoras ni boleh tolong makankan algae hijau. Harap menjadi la teknik ni. Entah betul ke tak Corydoras makan algae akuarium?

[ http://www.theaquariumwiki.com/Corydoras ],

Kita cuba dulu~~ :.

Wednesday, March 26, 2014

#ShrimpLog: Red Cherry shrimp bertelur~~

.: Best best. Red Cherry shrimp dah bertelur~~

Tak sabar nak jadi ayah. Ahaks~~ X-D :.

Thursday, March 20, 2014

#ShrimpLog: Ramshorn Snail

.: Haha. Saja ambil video ni. Terasa diri sebagai seorang pengkaji fauna. Hehehe.


Siput ni dikenali sebagai Ramshorn snail = [ http://www.theaquariumwiki.com/Ramshorn_snail ]. Mulut dia agak kiut - tercungap-cungap nak makan. Haha.

Nak minta maaf awal-awal takut siapa-siapa yang geli gelemen tengok siput ni... Hehe. :.

Tuesday, March 18, 2014

#ShrimpLog: 10x Neon Tetra

.: Jeng jeng jengggg~~

Hari ni ada tambah 10 ekor lagi ikan Neon Tetra. Seekor RM 2.20. Beli di area Green Road. Selalu jugala beli stok makanan ikan kat situ, jadi ikan Neon Tetra jadila RM 2.00 seekor. Har har har..

Acclimatization~

Ikan ni saiz kecik kecik ja. Tak berapa minat dengan ikan saiz kecil, takut dia cepat mati. Kalau ikan saiz besar sikit kiranya ikan tu dah matangla. Dah remaja remaji dah. Jadi ketahanan badan ikan-ikan tu patutnya lebih baik dan lebih tough. Kita cuba dulu dengan ikan apa yang ada. :.

Tuesday, March 11, 2014

#ShrimpLog: 5x Cardinal Tetra & 11x Red Cherry Shrimp

.: Tak ingat nak ambil gambar masa mula-mula bawak balik akuarium.

Beli barang dah siap, hahaha. Lame...

Sekarang dalam akuarium dah ada :-
  • 5 ekor Cardinal Tetra, 
  • 11 ekor Red Cherry shrimp,
  • beberapa ketul batu,
  • sponge filter
  • rumput tak tau nama (rumput yang saiznya besar sikit tu), 
  • Hair grass (rumput halus).

Red Cherry kongsi dengan kawan. Owner punya 7 ekor, kawan punya 4 ekor. Kira dia beli tiga, yang shrimp free bagi dengan dia.

Lampu tu datang sekali masa beli (free gift). Lampu Zetlight. :.

Sunday, March 9, 2014

#1st Attempt: Red Cherry Shrimp 11x & Hair Grass

.: Akhirnyaaaaa... Beli juga akuarium baru, hahaha.

Tahun lepas dah jumpa kedai ni, masa tu dia promotion Krismas. Tapi bajet kureng masa tu, dan belum ada semangat nak buat shrimp pun. Tapi hari Khamis 6 Mac 2014 tu terus beli, haha. Semangat mana ah datang tiba-tiba tah. Hahaha.

Hari Ahadnya pergi Tabuan cari member jual Red Cherry Shrimp. RM 4.00 seekor. Beli 10 ekor dan dapat free lagi seekor. Itu pun jumpa dalam Mudah.my/Sarawak/for-sale. Hebat member tu. Memang banyakkkk Red Cherry dia. Terliur tengok. Hahaha.

Akuarium setup dia simple je. Batu besar tengah-tengah, dan Hair Grass penuh dekat lantai akuarium. Kira boleh consider dia ni Red Cherry Shrimp breeder kot, haha. Masa pilih tu tak tau jantan ke betina, mohon member pilihla shrimp campur-campur, ada jantan sikit, betina sikit. Mana tau nanti ia bertelur...

Semua bawa balik ke akuarium untuk di-acclimatize-kan. Harap tak mati la. Accimatize pun ikut cara bela ikan emas dulu-dulu, rendamkan shrimp sekali dengan plastik bungkusan dia dalam akuarium dalam 15 minit - setengah jam. Lepas tu baru dilepaskan.

Udang semua dah dilepaskan, Hair Grass pun dah cacak dalam tanah. Susah juga mencacak rumput ni dengan jari. Mungkin nanti nak cari tools dia.

Kita tunggu dan lihat apa jadi nanti. Bertelur ke tak bertelur shrimp-shrimp ni. Hehe. :.